Sunday, February 20, 2011

Bila Diri Di uji....

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu
Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

 Setiap manusia yang di sayangi Allah swt pasti akan diuji.Tidak kiralah sama ada ujian itu besar atau kecil, sebagai manusia dan insan yang beriman dan bertaqwa, sabar dan redha terhadap segala dugaan Allah itu perlu. Percaya bahawa Allah memberikan dugaan dan cabaran dalam hidup ini sebagai tanda Allah cintakan hambaNya.Bukan itu sahaja, setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya.Dan disebalik sesuatu kejadian itu, Allah telah memberikan yang terbaik buat hambaNya.
    Apa yang penting, sewaktu kita dilanda musibah, kita perlu muhasabah diri.Mencari dimana silapnya. Jangan cepat melatah dan mengeluh. Tangani setiap dugaan itu dengan penuh rasa sabar dan redha. Ingatlah, kita hanya seorang hamba yang kerdil dan tidak punya apa-apa. Kehidupan di dunia ini adalah pinjaman semata-mata. Malah, nyawa kita di dunia ini juga adalah pinjaman dariNya. Ia bukan hak milik mutlak. Masakan kita punya hak untuk mengeluh dengan si peminjamnya? Berdoalah dan mengadu rasa hati kepada Allah. Sesungguhnya Allah lah tempat memohon pertolongan. Moga rintihan hati hamba yang merendah diri didengari Allah dan diqabulkan permintaannya.Amin.

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan



1 comment: